TOKOH PERNIAGAAN
Pemilihan tokoh dalam blog ini diamil kira dari pelbagai
latar belakang tokoh seperti naik turun kemajuan mereka dalam mencapai tahap
usahawan yang berjaya. Saya memilih tokoh-tokoh usahawan dari kalangan
warganegara Malaysia dan berbangsa Melayu kerana saya yakin bahawa dengan
terbitnya laman ini dapat membuka mata masyarakat Melayu agar mereka membuang
rasa takut dalam diri untuk menceburkan diri dalam dunia keusahwanan. Setiap
dari tokoh ini memiliki pengalaman yang berharga dalam perjalanan mereka untuk
menjadi usahawan yang Berjaya dimana setiap dari mereka pernah jatuh dan
Berjaya bangkit semula untuk terus berjuang demi perniagaan dan karier yang
telah dibina.
Tokoh usahawan pertama ialah Tan Sri Mokhzani Mahathir
dimana beliau merupakan peneraju kepada syarikat gas dan minyak yang terkemuka
di Malaysia SapuraKencana Petroleum.Beliau merupakan seorang tokoh yang
memiliki sifat berdikari sendiri kerana beliau telah Berjaya membawa
syarikatnya ke tahap yang tinggi tanpa mengharapkan bantuan dan pengaruh dari
ayahdanya yang merupakan mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke – 4.Walaupun
beliau mampu melonjak ke tangga yang tinggi dengan masa yang singkat dengan
bantuan ayahnya tetapi beliau masih berkeras dan berpendirian tetap untuk maju
selangkah demi selangkah untuk mencapai kejayaan dengan usaha dan titik peluhnya
sendiri.Berkat usahanya,beliau Berjaya di namakan sebagai salah seorang dari
orang yang terkaya di Malaysia.
Tokoh usahawan kedua yang menjadi pilihan ialah Datuk Wan
Mohammad Sani Salleh, Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn
Bhd,Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd).Tokoh ini merupakan
seseorang yang menghasilkan perniagaan yang diilhamkan dari zaman kecilnya
dimana beliau merasakan rutinnya menaiki bas ke sekolah setiap hari sebagai
asas kepada perusahaan syarikat pengangkutannya.Datuk Sani merupakan
seorang usahawan yang memiliki sifat tabah yang tinggi dimana beliau harus
diberi perhormatan apabila beliau tetap cekal dan yakin untuk meneruskan
perusahaannya apabila rakan kongsinya telah mula mengangkat kaki dari perkongsian
perniagaan ini.Keadaan syarikat yang bergolak dapat diatasi dengan lancer
dibawah pengurusan beliau.Sifat unik yang dimiliki beliau ini telah
membawa beliau untuk berdiri setaraf dengan usahawan-usahawan lain yang jauh
lebih tua darinya.
Seterusnya tokoh ketiga yang dipilih ialah Datuk Wira Dr.
Maznah Hamid atau “Iron Lady Malaysia”.Tokoh merupakan satu-satunya usahawan
wanita yang ditampilkan dalam blog saya ini.Tujuan saya menjadikan beliau
sebagai salah satu pilihan saya ialah kerana beliau merupakan seorang tokoh
yang berani dan berjiwa kental.Berdasarkan perusahaan yang diperkenalkan beliau
merupakan satu perusahaan yang tidak sesuai untuk
golongan wanita.Kerja yang kasar dan memerlukan individu yang kuat
dan sasa dalam perusahaan ini.Tetapi Datuk Maznah mengambil cabaran ini dan
cuba menukarkan pandangan orang lain bahawa seorang wanita yang memiliki jati
diri yang kuat sepertinya mampu untuk memajukan perusahaan yang majoritinya
terdiri dari kaum lelaki.Sifat yang dimilikinya ini amatlah sesuai
dijadikan contoh dan penambah semangat kepada usahawan-usahawan muda.
Akhir sekali, Datuk Yusof Haslam merupakan seorang
usahawan yang memiliki pengalaman yang paling berharga dan berpengaruh kerana
beliau menceburi bidang perfileman.Sebelum beliau memulakan perusahaan
tersebut,beliau dengan sendirinya telah merasai setiap watak yang terlibat
dengan perusahaan tersebut dimana beliau pernah menjadi pelakon
sampingan,pelakon utama dan krew penerbitan.Pengalaman yang dimilikinya itu
dimanfaatkan dengan sebaiknya dan sangat membantu dirinya bagi menjayakan
syarikat perfilemannya.Beliau bukan sahaja Berjaya seorang diri bahkan
anak-anaknya turut bersama menceburkan diri dalam perusahaan itu dan Berjaya
menjadi usahawan Berjaya mengikut langkah Datuk sendiri.Datuk Yusof
juga pernah jatuh dalam mendaki kejayaan dimana filem yang diterbitkan beliau
kurang mendapat sambutan.Usahawan-usahawan muda harus mengambil perjalanan
beliau sebagai garis panduan dimana pengalaman dalam sesuatu bidang itu amat
penting sebelum menceburkan diri dalam bidang tersebut.
Kesimpulannya, setiap tokoh usahawan yang dipilih memiliki
cerita dan perjalanan perniagaan yang dapat dijadikan iktibar dan ransangan
kepada bakal-bakal usahawan yang ingin mengecapi kejayaan dalam perniagaan yang
diusahakan.Setiap individu boleh berjaya sekiranya setiap dari mereka memiliki
sifat-sifat yang wajib dimiliki oleh usahawan seperti berani mengambil
risiko,daya usaha berterusan,tidak mudah berputus asa,bijak mengambil peluang
dan pelbagai sifat positif lain lagi.Setiap kejayaan yang dikecapi oleh
usahawan-usahwan yang Berjaya hari ini bukanlah datang bergolek tapi turut
disertakan dengan pelbagai rintangan dan cabaran.
TOKOH : TAN SRI
MOKHZANI MAHATHIR
PROFILE TOKOH :
Nama
: Tan Sri Mokhzani Mahathir
Umur : 54 tahun (Januari 1961)
Warganegara :
Malaysia
Nilai harta
kekayaan : US$1.2 Bilion
(2014)
Bapa
: Tun Mahathir Mohamad
Ibu : Siti
Hasmah Mohamad Ali
Sumber
Kekayaan : Perniagaan gas dan minyak
Status : Berkahwin dan memiliki 5 orang anak
Setiap usahawan yang ingin berjaya akan berusaha dan haruslah
memiliki beberapa ciri yang akan membantu mereka mencapai matlamathingga
Berjaya. Setiap usahawan atau ahli perniagaan hanya mengimpikan kejayaan yang
berterusaan di samping memperoleh pendapatan daripada apa yang
diusahakan.Terdapat banyak ciri dan sifat positif yang membantu usahawan
sepanjang mereka membina karier mereka. Bagi individu yang mengimpikan
untuk bergelar status usahawan berjaya tetapi masih belum bersedia dan belum
melengkapkan diri dengan sifat-sifat seorang usahawan, mereka bakal menemui
kegagalan dalam penceritaan usaha mereka. Untuk menjadi seorang
usahawan yang berjaya tidaklah sukar tetapi jika mereka mengambil mudah
mengenai disiplin mereka maka mereka akan sukar untuk mengecapi kejayaan
seperti usahawan-usahawan lain.
Salah satu sifat yang harus dimiliki oleh seorang
individu yang bergelar usahawan ialah sikap ingin tahu dan ambil tahu. Rasa
ingin tahu adalah sifat yang dimiliki manusia sejak lahir. Rasa ingin tahu juga
merupakan salah satu mekanisme pertahanan hidup manusia. Dari rasa ini manusia
memiliki kencenderungan untuk mengetahui hal yang belum
diketahui sebelumnya. Tokoh usahawan yang menunjukkan sifat ingin
tahu yang amat mendalam ialah Tan Sri Mokhzani Mahathir. Tan Sri Mokhzani
Mahathir , yang berusia 52 tahun warganegara Malaysia, telah dilantik sebagai
Ahli Lembaga Pengarah Sapura Kencana Petroleum pada 9 Disember 2011 sebagai
Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas dan Naib Pengerusi. Beliau juga adalah
ahli Jawatankuasa Imbuhan Sapura Kencana Petroleum.
Tan Sri Mokhzani sudah mula menunjukkan minat
terhadap bidang petroleum ini sejak dari kecil lagi. Semangat dan minat
terhadap sektor ini ditunjukkan apabila beliau menyambung pembelajarannya dan
berjaya menamatkan ijazahnya dalam Bachelor of Science in Petroleum Engineering
di University of Tulsa, Oklahoma, U.S.A. Jadi melalui latar belakang pendidikan
yang dimiliki oleh tokoh usahawan ini, sudah jelas menunjukkan bahawa beliau
mahir dan memiliki minat yang mendalam dalam bidang petroleum. Rasa ingin
tahu terhadap alam petroleum ini menggerakkan tokoh ini suatu masa dahulu untuk
mendapat pendidikan dalam bidang yang diminatinya itu.Tambahan pula, Tan Sri
Mokhzani mendapat sokongan penuh oleh seluruh ahli keluarganya. Setelah Berjaya
menamatkan pendidikannya, Tan Sri Mokhzani memulakan kariernya dalam bidang
petroleum. Pengalaman yang diperoleh sepanjang kariernya dalam bidang petroleum
ini memotivasikannya untuk menubuhkan sebuah syarikat dan bekerja sendiri.
Sifat keusahawanan yang tertanam dalam diri beliau tertonjol apabila
beliau menubuhkan sebuah syarikat pelaburan bernama Kencana Capital Sdn
Bhd yang berniaga dalam bidang Oil and Gas service provider, IT, automotif dan
hartanah. Syarikatnya bertambah maju dan sifat ingin tahu dalam dirinya
membuatkan beliau merasakan beliau perlu membuatkan penyelidikan yang lebih
jauh untuk mengembangkan perniagaan yang telah dipeloporinya. Beberapa langkah
telah diambil beliau dalam memenuhi rasa ingin tahunya itu. Beliau bnyak
belajar dari syarikat yang berada dalam aliran yang sama dengannya. Tan Sri
Mokhzani telah menemui beberapa tokoh yang terkenal salah seorang darinya ialah
bapanya sendiri iaitu mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad
bagi mendapatkan beberapa info dan mengetahui apa langkah yang terbaik yang
harus diambil beliau dalam mengecapi apa yang diimpikannya.S etelah selesai
penyelidikannya,Tan Sri Mokhzani memutuskan syarikat miliknya Kencana Petroleum
harus membuat pergabungan dengan syarikat lain demi mematangkan perniagaannya. Beliau
memutuskan untuk bergabung dengan syarikat SapuraCrest pada tahun 2012 dan
menghasilkan SapuraKencana iaitu sebuah syarikat Oil and Gas Service Provider
terbesar di Malaysia. Komitmen yang diberikan oleh Tan Sri Mokhzani dalam
perniagaan ini lama kelamaan telah menaikkan statusnya dalam perkongsian ini. Beliau
telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah SapuraKencana Petroleum sebagai
Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas dan Naib Pengerusi. Beliau juga telah
dilantik menjadi ahli Jawatankuasa Imbuhan SapuraKencana Petroleum. Beliau juga
berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan dan ahli Jawatankuasa Imbuhan
Kencana Petroleum. Tan Sri Mokhzani memulakan kerjayanya pada tahun
1987 sebagai jurutera operasi wellsite dengan Sarawak Shell Berhad.
Kesimpulannya, dalam mencipta nama sebagai
seorang usahawan yang Berjaya, kita seharusnya memiliki sifat-sifat yang akan
menjadi penggerak kepada diri untuk mencapai tahap itu. Sifat ingin
tahu dan ingin mempelajari sesuatu yang baru amatlah penting dalam membawa
seseorang usahawan itu dari tangga bawah hinggalah ke atas. Salah satu
kata-kata yang selalu menjadi pegangan kepada tokoh usahawan ini ialah ‘jika
anda malas mengambil tahu, maka anda akan ketinggalan dan tidak akan pernah
maju’.Tan Sri Mokhzani merupakan individu yang wajar dijadikan ikon oleh anak
muda yang ingin memulakan perniagaan serta berazam untuk menjadi seorang
usahawan yang mampu menempa nama di peringkat antarabangsa.
TOKOH : DATUK WAN
MOHAMMAD SANI SALLEH
PROFILE TOKOH
Nama :
Datuk Wan Mohammad Sani Salleh
Umur : 35 tahun (24 Julai 1976)
Warganegara : Malaysia
Adik
Beradik : Keempat daripada enam beradik
Pendidikan : Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway (1994)
Jawatan : Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn Bhd,
Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd).
Pencapaian : Dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran
Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah (Jun 2009) dan Anugerah Usahawan
Cemerlang Dewan
Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur (2009).
Pada usia 33 tahun, anak muda ini bagaikan
memiliki segala-galanya. Perniagaan yang memberi pulangan jutaan ringgit,
bangunan sendiri sebagai pusat operasi perniagaan dengan kos pembelian serta
pengubahsuaian mencecah RM7 juta, memandu kereta Ferrari F360 Modena bernilai
RM1 juta dan mendiami banglo mewah bernilai RM 9 juta.Memang selayaknya anak
muda itu digelar jutawan, tetapi dalam pertemuan baru-baru ini, beliau lebih
gemar merendah diri dan mengatakan apa dimilikinya hari ini adalah rezeki
diberi Allah SWT. “Saya berusaha keras untuk capai kejayaan seperti hari ini.
Namun, ketentuannya adalah daripada Allah SWT,” kata anak muda itu. Anak muda
yang dimaksudkan adalah Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (SUSB), Datuk Wan
Mohammad Sani Salleh, 33. Sejak tiga tahun lalu namanya sering menjadi sebutan.
Namanya harum kerana bas berwarna merah yang terukir namanya sendiri. Siapa
tidak pernah mendengar nama Sani Express. Destinasi ke ‘Pantai Timur’ sudah
ditawan dan kini semakin ligat meneroka destinasi ke Alor Setar di utara. Lebih mengagumkan,
bermula bulan ini 25 bas dimiliki, semuanya bas dua tingkat yang tampak elegen
dan semestinya menjanjikan keselesaan. Bagi Wan Mohd Sani atau lebih
mesra dengan panggilan Sani, apa yang dikecapinya hari ini di luar jangkaan,
malah tidak pernah diimpikannya. Beliau
memulakan perniagaan atas dasar minat dan mahu merubah kehidupannya ke tahap
lebih baik. Selama beberapa tahun menceburi bidang hiburan, Sani mengakui tidak
nampak masa depannya dalam bidang itu.Rakannya sejak zaman kanak-kanak, Datuk
Sharifuddin dijadikan sebagai inspirasi selepas melihat rakannya berjaya dalam
perniagaan.Melihat rakan yang berjaya, terutama Datuk Din (Datuk Sharifuddin),
saya berasa ketinggalan. Dulu dia pernah bersama-sama saya menjadi model,
tetapi dia meninggalkan bidang itu terlebih dulu untuk berniaga sehingga
berjaya. Beliau meletakkan tekad untuk merubah tahap kehidupannya dengan
berniaga sendiri. Beliau bermula dengan membuka bengkel membaiki kenderaan di
beberapa tempat seperti Kuala Lumpur dan Terengganu dan seterusnya mencuba
perniagaan dalam bidang pengangkutan iaitu bas yang sememangnya menjadi
minatnya. Ketika memulakan perniagaan dalam bidang pengangkutan, pelbagai
cabaran getir terpaksa ditempuh dan beliau perlu bekerja keras sehingga terpaksa
tidur di pejabat. Pada 2003 Sani menubuhkan SUSB khusus untuk
perniagaan pengangkutan itu. Sani membuktikan ‘jalan’ dipilihnya berbaloi
kerana hanya dalam tempoh tiga tahun Sani Express menunjukkan prestasi luar
biasa.D aripada seorang pekerja, Sani kini mempunyai 150 kakitangan sendiri. Daripada pejabat kecil di Ukay Perdana, Sani
kini ada wisma sendiri yang dibeli dan diubahsuai dengan belanja mencecah RM
7 juta. Wisma tiga tingkat dinamakan Wisma Dato’ Sani di Klang
Sentral itu serba lengkap. Selain menjadi pusat operasi, wisma itu dilengkapi
asrama, pusat latihan dan surau. Paling menarik, segala operasi di kaunter
tiket Sani Express di setiap negeri dipantau secara langsung menerusi kamera
litar tertutup yang dipancarkan terus ke wisma berkenaan. Menurut Sani, selain
minat, antara faktor kejayaannya adalah sikapnya yang tidak malu bertanya dan
belajar daripada sesiapa saja. “Statusnya sebagai orang bujang juga banyak
memberi kelebihan kepadanya.Beliau belum berkeluarga dan mampu memberi tumpuan
100 peratus kepada perniagaan. “Setakat bekerja keras dari siang hingga tengah
malam, ia ibarat alah bisa tegal biasa,” katanya yang menganggap pengalaman
menjadikan bas ekspres sebagai pengangkutan utamanya dulu turut menjadi faktor
kejayaannya.”Dari dulu saya guna pengangkutan awam (bas ekspres), jadi saya
tahu apa yang pelanggan nak dan saya gunakan pengalaman itu ketika menguruskan
Sani Express. “Selain itu saya mengambil berat setiap jawatan yang ada di
syarikat ini, daripada kerani kaunter hinggalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).
Ini kerana jika satu saja jawatan tidak berfungsi dengan baik, operasi syarikat
akan terganggu,” katanya yang mesra
dengan kakitangannya.Sani berkata, tanpa keberkatan dan doa juga,
tidak mungkin beliau berjaya. “Apa jua perkara yang kita lakukan, kita kena
berpegang kepada agama. Buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa
yang dilarang.Doa juga penting dan dalam hal ini ibu saya Sharifah
Aini Syed Ibrahim Jamalulai sering mendoakan saya, begitu juga ayah saya. Kita
juga perlu ingat kepada orang yang pernah membantu kita,"
TOKOH : DATUK WIRA DR. MAZNAH HAMID
PROFILE TOKOH :
Nama
:
Datuk Wira Dr. Maznah Hamid
Umur
: 59 tahun (April 1955)
Berasal dari : Ayer
Hitam, Kedah
Pasangan : Haji Shaheen Mirza Habib (1979 – kini)
Status
: Berkahwin dan memiliki 5 orang anak
Agama : Islam
Warganegara : Malaysia
Jawatan
: Pengerusi Eksekutif Kumpulan SECURIFORCE ( 1981 – kini )
Pendidikan :
- Diploma
Administration Business Executive ( ABE )
- Personnel
Management ( Human Resource ) – Malaysian Institute Management (MIM)
- Diploma in
Personal and Personnel Management – Personal Development Leadership
Corporations (PDL)
- Excellerated
Instructors’ Training & Corporate Education – Hawaii, USA
- Business School
For Entrepreneurs, USA
- Business School
For Investors, Singapore
- Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Keusahawanan, Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari Central State University of New York.
Datuk Dr. Maznah adalah Pengerusi Eksekutif
Kumpulan Securiforce. Beliau telah membawa Securiforce 30 tahun dahulu menjadi
sebuah syarikat kawalan keselamatan yang terbesar di Malaysia dan berjaya
menyaingi lebih 400 buah syarikat lain seumpamanya. Beliau kini lebih 65 buah
cawangan, mengetuai lebih 6,000 kakitangan, dan dikelilingi dengan ratusan
senjata api dan puluhan van kalis peluru. Apa yang lebih membanggakan, van
kalis peluru tersebut telah direkacipta dan dihasilkan oleh Securiforce
sendiri. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa perkhidmatan Securiforce bukan
terhad kepada ‘static guard’ sahaja malah turut merangkumi logistik,
cash-in-transit, pengurusan tunai, high – tech cargo management, perkhidmatan
‘armoured trucking’, dan pelbagai perkhidmatan yang lain. Securiforce
memberikan pakej keselamatan yang lengkap dan total, mempelopori konsep ‘total
security’. Hasil daripada kegigihan beliau dan ‘team’nya menerajui syarikat,
kini Securiforce mempunyai beberapa buah anak syarikat yang sedang berkembang
maju. Antaranya ialah Danau Lumayan, pemaju hartanah di Bandar Tun Razak.
membina pangsapuri /kondominium mewah, ‘penthouse’ yang eksklusif dan lot – lot
kompleks perniagaan. Bagi menepati keperluan semasa, Securiforce juga bergiat aktif
dan telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa dengan menubuhkan
Securiforce Logistik (agen penghantaran darat, laut dan udara), beliau telah
melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa meliputi rantau Asia, Eropah dan
Timur Tengah. Securiforce Logistik memiliki cawangan di Singapura,
Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman. Apa yang menarik mengenai ‘success
story’ Datuk Dr. Maznah ialah kesemua anak syarikatnya ditubuhkan dan
berkembang maju tanpa sebarang bantuan kewangan daripada bank. Kejayaan ini,
amat dikagumi oleh pelbagai pihak dan segala lapisan masyarakat. Prinsip
kejayaan beliau ialah ‘modal perniagaan yang sebenarnya adalah dirinya
sendiri’. Beliau merupakan seorang yang dinamik, berfikiran positif,
bersemangat waja, cekal dan berani menanggung risiko. Beliau memegang teguh
prinsip ‘kita mesti sanggup bekerja lebih daripada gaji yang dibayar, maka
akhirnya kita akan mendapat lebih dari apa yang kita kerjakan’. Prinsip ini
telah membawa kejayaan besar di dalam bidang kerja dan perniagaannya
membolehkan beliau berada di tahap sekarang. Beliau juga merupakan seorang
‘pendidik’ , guru Keusahawanan serta aktivis kemasyarakatan yang dikenali oleh
seluruh peringkat masyarakat didalam dan di luar negara. Berdasarkan kepada
ciri-ciri kepimpinan dan keusahawanan yang begitu ketara pada diri beliau. Beliau telah diundang untuk memperkenalkan
rancangan motivasi di TV3 pada tahun 1990. Disitulah beliau menjadi kaunselor
motivasi dan ‘success counsellor’ dimana kita sering mendengar suaranya di radio
dan melihat wajahnya di kaca TV. Kemunculan beliau yang meluas di TV1, TV2,
TV3, Astro serta pelbagai bentuk media yang lain menambahkan populariti beliau
sebagai seorang tokoh masyarakat yang disegani. Selain daripada itu, beliau
juga merupakan pakar motivasi, pembangunan insan dan keusahawan serta ‘success
counselor’ di institusi – institusi pengajian tinggi. Oleh kerana
minatnya yang begitu besar terhadap pembangunan insan, beliau telah menubuhkan
MMC, Maznah Motivational Centre yang mengelolakan seminar-seminar keusahawanan
dan pembangunan insan. Ketahanan, ’guts feeling’, kekebalan, ’persistency’ dan
‘sustaining power’ yang beliau miliki merupakan aset utama diri beliau dan
itulah yang cuba diterapkan kepada orang ramai melalui seminar ”ZERO TO HERO”
dan ’AWAKEN THE SPIRIT OF ETREPRENEURSHIP/INTRAPRENEURSHIP’. Melalui seminar
ini, beliau ingin membangkitkan dan menyerapkan semangat keusahawanan ke dalam
diri setiap insan. Beliau telah berjaya menerbitkan buku bertajuk ‘MOTIVASI
MEMBURU KEJAYAAN’ (versi Melayu dan Mandarin), Buku Mini Siri Rahsia 3K –
Kejayaan, Kebahagiaan dan Kekayaan serta menerbitkan Album Motivasi Musikal 3K
yang mendapat sambutan hangat berdasarkan kepada pengalaman serta
prinsip-prinsip yang menjadi amalan kepada dirinya di dalam usahanya memburu
kejayaan.
Beliau memiliki Phd, Ijazah Kedoktoran Pentadbiran
Perniagaan dalam bidang Keusahawanan, Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari
Central State University of New York dan juga Presiden, Malaysian Association
of Professional Speakers (MAPS). MAPS kini merupakan Ahli International
Federation for Professional Speakers (IFFPS).Datuk Maznah juga merupakan
seorang wanita yang sangat aktif di dalam persatuan dan memegang berbagai
jawatan. Antaranya beliau telah dilantik menjadi:
- Vice President
of the Women World Entrepreneur Association (FCEM)
- Ahli Lembaga
Pengarah Golden Hope Plantations Berhad
- Ahli Lembaga
Pengarah Yayasan Sultanah Bahiyah, Kedah
- Felo Adjung
Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia – (UUM)
- Pengerusi, Ahli
Lembaga Pengarah Uniutama Property Sdn Bhd. (UPSB) – UUM
- Ahli Lembaga
Pengarah, Uniutama Managament Holdings Sdn Bhd (UMHSB) – UUM
- Ahli Majlis
Pembangunan Usahawan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
- Ahli Majlis
Pelan Tindakan Pembangunan Ummah, Jabatan Perdana Menteri
- Ahli Exco
Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
- Pengerusi, Biro
Keusahawanan, Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
- Ketua Wanita,
Pergerakan Wanita UMNO Negeri Kedah
- Ketua Wanita,
Barisan Nasional, Negeri Kedah
- Pengerusi,
Ekonomi & Keusahawanan Wanita UMNO Negeri Kedah
- Ketua Wanita,
Pergerakan Wanita UMNO Negeri Kedah, Bahagian Jerlun
- Pengerusi,
Majlis Pembangunan Wanita & Keluarga (MPWK) Parlimen Jerlun, Kedah
- Presiden
Kehormat USAHAWATI
- Presiden ,
Malaysian Association of Profession Speakers (MAPS)
- Advisor,
Excellerated Business School Inc, USA
- Advisor, Success
Resources Training School, Pte Ltd
TOKOH : DATUK
YUSOF HASLAM
PROFILE TOKOH :
Nama :
Mohd Yusof bin Md. Haslam Khan
Umur : 61 tahun (April 1954)
Warganegara : Malaysia
Asal : Jalan
Pahang,Kuala Lumpur
Status : Berkahwin dan memiliki 4 orang anak
Pekerjaan : Pelakon, Pengarah, Penebit
Filem yang Dilakonkan
:
1. Filem
Laksamana Do Re Mi – (1972) Pelakon Tambahan
2. Jiwa
Remaja (filem) – (1975) Pelakon Utama
3. Loceng
Maut – (1976) – (Artis Jemputan)
4. Filem
Cinta Dan Lagu – (1976) Pelakon Pembantu
5. Sayang
Anakku Sayang – (1976) Artis Jemputan
6. Filem
Detik 12 Malam – (1979) Pelakon Utama
7. Tiada
Esok Bagimu (filem) – (1979) Pelakon Pembantu
8. Filem
Ribut Barat – (1981) Pelakon Utama
9. Jejak
Bertapak – (1981) Pelakon Utama
10. Bukit
Kepong (filem) – (1982) Pelakon Utama
11. Sikit
Punya Gila – (1982) Pelakon Pembantu
12. Senja
Merah – (1982) Pelakon Pembantu
13. Filem
Penentuan – (1982) Pelakon Utama
14. Mekanik
(filem) – (1983) Pelakon Pembantu
15. Filem Di
Ambang Kasih – (1984) Pelakon Utama
16. Filem
Melati Putih – (1984) Pelakon Pembantu
17. Filem Jauh
Di Sudut Hati – (1984) Pelakon Pembantu
18. Filem
Rahsia – (1987) Pelakon Pembantu
19. Permintaan
Terakhir (filem) – (1987) Pelakon Utama
20. Wira
Angkasa – (1987) Pelakon Utama
21. Driving
School – (1990) Pelakon Pembantu
22. Bayangan
Maut – (1990) Pelakon Utama
23. Harry Boy
– (1991) Pelakon Pembantu
24. Pemburu
Bayang – (1993) Pelakon Pembantu
25. Filem
Balada – (1993) Pelakon Tambahan
26. Gerak Khas
The Movie – (2001) Pelakon Pembantu
27. Gerak Khas
The Movie II – (2002) Pelakon Tambahan
Yusof Haslam atau nama sebenar beliau ialah
Mohd Yusof bin Md. Haslam Khan merupakan seorang pengarah filem di Malaysia.
Dato’ Yusof Haslam dilahirkan pada 24 April 1954 dan berasal dari Jalan Pahang,
Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak keempat dari tujuh beradik dan beliau mendapat
pendidikan terakhirnya di Sekolah Kebangsaan Polis Depot dan Sekolah Menengah
Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.Yusof Haslam mendirikan rumah tangga dengan Datin
Fatimah Ismail. Anak-anak beliau ialah Mohd Faizal, Mohd Shamsul, Nursyamin dan
Mohd Syafiq. Selain kerjaya beliau sebagai penerbit filem, drama, penulis skrip
dan pelakon, Yusof juga adalah Pengarah Urusan di Skop Production, dimana
anak-anak syarikatnya terdiri dari Haslam Trading (restoran), Haslam Properties
(hartanah), Skop Publishing (novel dan buku) dan ME Communication (post
production dan penerbitan drama serta filem).Yusof yang sentiasa menerima
kritikan membina berikutan filem berunsur komersial seperti Sembilu, Gerak Khas
The Movie dan banyak lagi turut menyifatkan anugerah yang diterimanya itu amat
bernilai buat dirinya dan membuktikan segala penat lelahnya sebagai penggiat
seni perfileman sejak 1970-an mendapat penghargaan masyarakat dan media masa. Penerbit
dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam, bakal mencecah usia 56 tahun. Pada
usia emasnya itu, Pengarah Urusan Skop Productions Sdn Bhd ini mengakui beliau
belum terfikir untuk bersara daripada bidang seni yang sudah sebati dengan
dirinya lebih dua dekad lalu. Akuinya, pada zaman muda dulu, memang beliau
boleh bekerja hingga 6 pagi setiap hari tapi sekarang tidak lagi. Yusof masih
ingat, pada zaman kegemilangannya ketika mengarahkan filem Sembilu, beliau
boleh menghabiskan masa di lokasi penggambaran sehingga 7 pagi setiap hari. Namun,
kata Yusof, buat masa ini, beliau ingin memperlahankan aktiviti pengarahannya
bagi memberi laluan pada anak bujangnya, Syamsul. Yusof juga lebih pentingkan
ketenangan pada usianya yang bakal mencecah 60 tahun dalam tempoh empat tahun
lagi. ‘Saya juga malu kalau orang kata saya masih muda pada usia sekarang. Jika
nak diikutkan, pada usia sekarang, saya boleh berehat di rumah berdasarkan
kedudukan ekonomi keluarga kami juga kukuh. Tapi sebagai anak seni yang sudah
berkecimpung sekian lama dalam bidang seni, saya percaya perjuangan ini perlu
diteruskan.’Saya akan teruskan selagi kesihatan mengizinkan dan ada kemampuan
untuk terus berkarya, sekali gus memberi sumbangan di persada perfileman tanah
air.’Saya juga jarang menghadiri majlis pelancaran drama dan filem ketika ini.
Malah, saya juga lebih banyak meluangkan masa bersama keluarga terutama cucu di
rumah,’ katanya dalam pertemuan santai bersama Meja Hiburan, baru-baru
ini.Hadir sama, isterinya, Datin Fatimah Ismail, dan Pengarang Hiburan Harian
Metro, Adam Salleh. Kini, kata Yusof, sampai masanya, beliau memberi peluang
pada generasi muda untuk mengarah filem terutama pada dua anaknya, Syamsul dan
Faizal. Datuk Yusof Haslam adalah seorang pengarah yang cukup prihatin dengan
masalah-masalah sosial di kalangan remaja dan juga masyarakat kota. Dalam
filem-filemnya sering digambarkan kemelut remaja kota, kehidupan remaja yang
terbiar, keluarga yang bermasalah dan juga keluarga yang ketat memberikan
perlindungan kepada anak-anak remaja. Pendek kata, dalam filem-filem Yusof kita
akan didedahkan dengan segala permasalahan itu dan nasihat-nasihat serta
cara-cara untuk mengatasinya. Daripada strategi pasaran, remaja adalah golongan
terbesar yang menonton filem di pawagam. Justeru itu tidak hairanlah kalau
persoalan atau kisah remaja adalah cara terbaik untuk menarik golongan remaja
ini ke pawagam. Para pengarah dan penerbit menganggap, remaja hanya mahu
menonton kisah yang dekat dengan kehidupan mereka sahaja. Memang pendapat ini
tidak salah sepenuhnya. Malangnya, kisah remaja itu dilihat dari kacamata orang
tua, sepertimana seorang datuk yang melihat kehidupan cucunya yang dikatakan
bermasalah. Datuk itu datang dari zaman lalu yang cuba mengatasi masalah remaja
di zaman global. Dia tidak dapat menangkap dan memahami realiti sebenar
kehidupan remaja tersebut. Lalu dia menggunakan kayu ukur zamannya untuk
menilai kehidupan dan menasihati remaja masa kini. Yang keliru bukan anak
remaja tersebut tetapi orang tua yang tidak memahami perubahan zaman itu. Inilah
agaknya sebuah filem remaja yang penuh mesej, nasihat orang tua untuk remaja.
Comments
Post a Comment